Jika Sebelum AKU Tiada..

| | 0 comments »
1) Ingin pastikan DIA sihat dan baik dari segala macam sakit dan penyakit. DIA kena lebih berdisplin (tak mengelat makan ubat/supplement), gunakan sebaiknya masa dan banyakkan berehat. 

2) Ingin pastikan DIA stabil kembali dari segi kewangan dan perbelanjaan harian. Harap DIA terus kuat dan bersabar, Insyaallah akan cuba bantu sekadar termampu. Segala teguran/nasihat untuk kebaikan DIA juga. Penat lelah jangan di sia-siakan. Takpelah, kalau perlu susahpun untuk DIA juga..

3) Ingin pastikan dia jalani hidup ini terus
 maju kehadapan. AKU cukup faham bahawa ianya memang agak sukar. Tetapi itulah yang DIA harus hadapi. Kadang-kadang memang sedikit berkecil hati. Ya! DIA mungkin merasa bosan atau tidak suka. Niiat ini 1, semiga suatu hari DIA akan lebih faham juga mengerti. Tidaklah AKU menyayangi seseorang kemudian diam & biarkan sahaja segalanya.

4) Ingin dirinya lebih kuat dan tidak diperguna. Memang bagus untuk membantu orang lain, tetapi harus lihat pada masa, kemampuan dan keadaan. Akan cuba untuk membela/mendukung dirinya.. Banyak dugaan menduga. Tak mengapa, harus lebih berusaha dan menghargai DIA.

5) Ingin benar berada disisinya. Agak sulit untuk dinyatakan sepenuhnya. Tidak mengapa, DIA seharusnya lebih faham. Ingin sekali melihat DIA bebas hanya dengan AKU tanpa halangan dan kekangan. Menempuh dunia baru bersama ikatan kasih sayang tulus dan ikhlas. Amin..

6) Ingin percukupkan untuk DIA segala apa yang masih kurang. Masih tidak mampu juga untuk adakan segala. Tak mengapa, apa yang ada semoga DIA turut gembira. Suatu hari Insyaallah akan adakan semua.

7) Ingin hatinya lebih lembut, terbuka dan tidak cepat marah. Tetap cuba menasihati tetapi seringkali apabila emosi mengawal diri, DIA seolah-olah terlupa akan siapalah AKU pada DIA. Sayang.. memang segalanya tidak mudah, namun jangan biarkan emosi/amarah mengawal diri. Kadang-kadang sesuatu andaian itu lebih kejam dari fakta. Buka ruang pada diri untuk menerima dan memberi. AKU tahu suatu hari DIA akan memahami.

Sekadar nukilan juga peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang terlalu sukar untuk kita menyayangi mereka yang kita cukup sayang. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan..

AKU ini juga masih belajar. Tidak kira siapa kita, asalkan boleh berkomunikasi secara positif, lebih terbuka, ada sikap toleransi, kurangkan ego & keras hati, rasional gunakan akal bukan ikut hati, insyaalllah semuanya akan baik-baik sahaja. Jangan pernah jadikan kegagalan masa lepas sebagai halangan untuk mengecapi bahagia. Kegagalan hanyalah kejayaan yang masih tertangguh. ssk

Mengapa

| | 0 comments »
Terkejap aku menyusuri erti
Kata hati yang zahirnya mati
Rongga bicara bersaksi bisu
Bait puitis  khayalan rindu

Lemah tidak jua di akhirkan
Sedih tidak juga di turutkan
Alunan ritma melankolis jiwa
Penawar tiada bernanah luka

Andaikan hati punyai saksi
Melodi rintih menyeksa nurani
Kebenaran nyata ia tidakkan
Perjalanan indah ia hentikan

Sakit menggamit pedih jiwa
Sebak kalbu nanar bergelora
Ingin sekali meraih mimpi tercipta
Terbang di awangan senyum ceria

Hati ini ingin benar berbicara
Tentang kasih manisnya rasa
Bukanlah aku hidupmu gulana
Kasihlah aku nyatakan bahagia

Coretan Untuk Dia..

Mungkin segalanya masih samar. Namun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi dia.. Andai dapat ku undurkan masa pasti dapat aku hadir benar dalam hidupnya.

Mungkin cuma sekadar angan.. Atau mungkin kerana aku tidak pernah tahu MENGAPA..