Kehidupan..

| | 0 comments »
Apakah yang sebenarnya di rencana untuk masa hadapan?
Apakah yang difikirkan tentang perancangan?

Hati ini telah sedia ikhlas usah disangsikan..
Namun lebih bermakna jika berserta jalinan..
Semoga yang lalai bertukar ibadah..
Semoga yang dosa menjadi pahala..

Hidup ini bukan sekadar permasalahan,
Tetapi untuk mencari penyelesaian..
Hidup ini bukan tentang mereka,
Tetapi tentang kebahagian kita..
Hidup ini bukan hanya tentang dunia,
Tetapi tentang kehidupan selepas dunia..

Apa yang difikirkan adakah semata-mata mengikut perasaan?
Apa yang di kejar adakah semata-mata dunia?

Jika itu yang difikirkan maka hanya itulah yang akan dikecapi..
Tidak pernah berjaya bukan bermakna harus berhenti mencuba..
Tidak pernah bahagia bukan bermakna tidak akan bahagia..
Tidak memikirkan bukan bermakna akan hadir keajaiban..

Segalanya bermula dengan usaha, tawakal dan redha..

Harus bezakan antara naluri dan akal..
Kerana yang membezakan manusia dengan makhluk lain kita dikurniakan akal. Jadi gunakan sebaiknya. Jangan biarkan ruang emosi menguasai diri.

Fikirkan tujuan dan pelaksanaan..
Kebahagian itu begitu tinggi nilainya,
Maka harus setimpal dengan usaha untuk memperolehinya..


Zam - Kebahagian itu indah. Namun harus sedar untuk menghargainya..

Tentang Rasa Hati

| | 0 comments »
Kalau dapat saja aku sampaikan,
Ingin sekali untuk aku meluahkan,
Tentang rasa hati yang tidak keruan,
Tentang perih rindu yang tak tertahan..

Hadir dirinya persis bidadari,
Merubah dunia menambah seri,
Namun hidup tidak seindah mimpi,
Yang zahir tetap masih tersembunyi..

Rasa sayang tulus dan ikhlas,
Belum mampu merubah jiwa yang keras,
Kental menafikan luahan intrepetasi diri,
Merumitkan makna kebahagian di cari..

Tentang rasa hati..
Biarlah diri ini saja yang mengerti..

Mengharap Datang Cahaya

| | 0 comments »
Dalam gelap hati ini cukup gelisah..
Mengharap dirinya hadir mengubat resah..
Walau tidak jasad hanya cukup sekadar suara..
Namun terhenti dengan coretan nada berbisa..
Nyata terasa hampa diri kecewa..

Sulit untuk dinyatakan tetapi hanya satu permintaan..
Keinginan serta rasa penuh berharap..
Apakah berat untuk di mengerti?
Adakah sukar untuk difahami?
Kejam menafikan perasaan ini..
Hanya menganggap seperti hari-hari yang biasa..
Tanpa mendalami erti perasaan ini..
Tersentap di kala cuba mengharap senyuman..

Terganggu segenap rasa jiwa gelora..
Sedih melayari duka, jiwa terkilan..
Tiada mimpi, tiada juga sketsa cerita..
Menyusuri segenap saat malam yang suram..
Terleka hanyut dibuai perasaan..
Sesekali aliran jernih mengiringi nada rasa..
Entah bila, kemudian segala terhenti tatkala malam semakin berlabuh..
Hanya mampu mengharapkan SINAR yang tak kunjung tiba..


Duka selepas mimpi indah mainan tido..

| | 0 comments »
Salam..

Harini bgun pagi je aku dh menahan mate ni dr trkeluar air mate..huhu
Mimpi mlm tadi buat aku trmenung n teringat pd die..mungkin aku trlalu rindukn die..emm
Yang aku rase skrang sakitnye bile nk menahan air mate ni dr kluar..
Mimpi..mimpi dn mimpi..dpt jgk hilang rase rindu..gembira dpt menatap wajahnye walaupn dlm mimpi..
Lemah sgt bile teringt walaupun dh trlalu lame berlalu..

Oh A.... :(


ss ~ masih ingat..


..

Angin Sampaikan

| | 0 comments »
Rasa hati yang bisu
Luahan kata terbuku
Ilham minda bercelaru
Resah rindu membelenggu



Bertiuplah angin sampaikan padanya
Agar benar dirinya tahu
Agar benar dirinya mahu
Menerima aku sepertinya AKU
Menyayangi aku sepertinya AKU

Bertiuplah angin sampaikan padanya
Rasa itu seharusnya rasaKU
Rasa ini seharusnya rasaMU
Ia pergi harus diakhiri
Ia datang untuk dihargai

Bertiuplah angin..



Zam ~ It's so easy, To think about Love, To Talk about Love, To wish for Love, But it's not always easy, To recognize Love, Even when we hold it.... In our hands..

Bila Mungkin

| | 0 comments »
Lagu hasil dari nukilan hati.. Sukar untuk di ungkapkan, hanyalah sekadar luahan rasa yang tersimpul di dalam..


Bila Mungkin


Kuberikan cinta
Yakin dariku, ikhlas untukmu
Kuberi segala
Hanya untukmu, tulus dariku

(Verse)
Hanya rindu
Yang tak terungkapkan
Bila mungkin
Bisa aku luahkan

(Chorus)
Bila masih kau tak percaya
Apalah aku, hanya diriku

Bila akan mungkin bersama
Engkau dan aku, kita bersatu

Aku cuba bertahan
Aku terus bertahan
Pilu.. sayu.. hati~~
Bila mungkin.. bila mungkin... oohh~~





Zam ~ 14 hari, akan pantas berlalu.. entah bila..

>>Cinta itu subjektif

| | 0 comments »
.
.
.
Sangat lame rupanye aku mendiamkan diri dr berblog.. orang kate duduk diam lebih baik daripada berkate banyak tapi tiade isinye.. dan lagi satu.. diam-diam ubi berisi..

Sekarang ni aku tengah tulis satu crite cinta.. tapi aku tak fikir nak publish.. aku x tau cite tu bleh pegi ke x bleh pegi.. tapi tadi ade kawan aku pesan.. banyak2 cinta ni.. ada satu jenis cinte memang x bleh nk pegi.. penat aku duk pujuk tanye die ape jenis cinte yang x bleh nk pegi tu.. emm

die cakap..




"Cinta Sejenis"


adehh!!


























ss ~ seb baik normal..