"Meninggalkan apa yang telah di tinggalkan.. Memulakan apa yang telah di mulakan.."
PERSOALAN
Bukankah kegagalan masa lalu, adalah juga berpunca dari kesilapan masa lalu?Bukankah memulakan perjalan hari ini, bermula dengan mengambil iktibar dari perjalanan yang lepas?
Bukankah sedia menerima, bermakna harus juga bersedia terhadap tanggungjawab dan komitmen?
Bukankah bila meletakkan harapan, harus juga meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan?
Bukankah bila bersama harus bertolak ansur, saling melengkapi serta berusaha memperbaiki diri?
Bukankah mencapai persetujuan bersama lebih baik dari hanya berfikir tentang perasaan sendiri?
Bukankah 'cuba' bermakna, memulakan langkah serta tindakan untuk mempersiapkan diri?
Bukankah berfikir lebih baik dari sekadar mengikut perasaan dan kata hati?
Bukankah segala kenyataan ini sudah sangat terang, nyata dan jelas?

Bagaimanakah seseorang manusia itu berfikir? Setiap keputusan yang terhasil dari segenap pemikiran, tiada apa yang sebenar-benarnya tetap dan muktamad. Istimewanya di kurniakan akal, maka harus untuk berfikir serta menilai segala sesuatu itu dari sudut pandangan yang paling rasional. Maka, lembutkan hati, simpan perasaan ego dan mula untuk berfikir. Renungkan..
- Tiada manusia yang mampu meramal bilakah waktunya mereka akan merasa menyesal
- Tiada manusia yang tahu bilakah sesuatu itu tidak akan berlaku mengikut perancangan
- Tiada manusia yang kecewa sebelum mereka merasa menyesal atas kebodohan sesuatu tindakan
Kerana itu harus untuk kita sedia mempersiapkan diri. Hidup ini penuh pilihan, namun kita seringkali lalai serta cenderung mengikut perasaan. Bercakap perihal kehidupan, tiada apa yang sebegitu merumitkan. Hanya bagaimana cara kita berfikir dan mentafsir kadangkala menambah rumit keadaan. Apabila kita cuba untuk mendalami, barulah kita akan mula benar memahami. Hati bersedia bila minda bersedia. Jadi pilih jalan anda..
Zam~ hidup harus fleksible..
0 comments:
Post a Comment