Hari ini saya tertarik untuk menulis berkenaan ulasan perkara di atas. Hanya sekadar atas rasa prihatin dan mesej berbentuk perkongsian. Tidak melabel atau menjatuhkan, sebaliknya hanya sekadar cuba untuk mendefinisikan konsep pemikikiran yang lebih positif untuk direnungkan. Mungkin sekadar hanya bahan bacaan biasa, atau mungkin juga dapat memberi kefahaman serta manfaat nyata. Terpulang bagaimana anda menilai..
Bercakap tentang "sikap, karenah dan ragam" manusia seringkali buntu. Kemudian mengolah perihal ini dari sudut pemikiran sendiri tanpa terlebih dahulu berbalik kepada asas rasional dan logik.
Pelbagai cerita pernah saya terdengar dari rakan-rakan. Mereka yang hanyut semakin hanyut dan mereka yang ingin berubah terkandas kerana fikiran kolot dan sikap negatif mereka. Lantaran itu membuat hati ini terdetik untuk berkongsi sedikit kebenaran dan kenyataan.
Manusia kini pada asasnya semuanya adalah sama. Dari seorang bayi yang lahir itu tidak kira apapun status mereka, mereka ini tetap insan yang suci!
Bayi itu umpama kain putih. Bagaimana ia di corak begitulah asasnya. Manusia bukan terus dilahirkan dengan akal fikiran yang sempurna. Kerana itulah islam menitik beratkan tentang ilmu rumah tangga. Dari kefahaman ini, dari pandangan saya boleh untuk kita kategorikan manusia ini dalam 2 lingkungan.
1) Mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang baik agama dan akhlaknya
2) Mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh isu sosial, jenayah dan kurang didikan agama
Pada dasarnya anak yang lahir itu tetap sama. Tetapi bagaimana mereka di bentuk dari segi persekitaran dan pergaulan itulah yang akan menjadikan diri mereka hari ini.
Jika dari kecil mereka telah di besarkan dengan cara yang tidak betul, jadi wajarkah kita hanya menuding jari pada insan-insan malang ini? Mereka tidak dapat memilih siapa ibu bapa mereka? Sama sepertimana juga kita! Jadi wajarkah kita menghukum mereka sedangkan mereka sendiri tidak sedar pembawaan diri mereka adalah salah dan berbeza dari orang kebanyakan?
Untuk menilai seseorang itu kita tidak harus hanya sekadar melihat masa silam kehidupan mereka. Seseorang yang dibesarkan dengan penuh dosa-dosa silam dan kemudian apabila mereka sedar, mereka berfikir, mereka berubah dan mereka bertindak lebih matang.. Golongan ini sebenarnya jauh lebih mulia dari mereka yang telah diberikan didikan secukupnya tetapi apabila dewasa lebih teruk hanyut dalam arus keseronokan dunia.
Jadi jangan menyalahkan takdir anda. Jika di dunia anda rasa teraniaya, anda rasa di pandang rendah atau diperlekehkan. Terima dengan redha dan mulakan perubahan. Kalau bukan di dunia, mungkin masih ada tempat untuk anda di akhirat. Jangan lepaskan keduanya!
Ada yang kurang bersemangat dan yakin untuk berubah kerana mereka merasakan diri mereka masih cukup teruk. Mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk pasangan, justeru itu menjadikan hati mereka cukup keras. Harus diperbetulkan persepsi pemikiran. Jangan hanya melihat pada perkara negatif. Seribu masalah sekalipun apabila ALLAH telah membuka jalan, tiada apa yang mustahil.
Jangan kerana kesilapan lepas di dunia anda mengabaikan masa depan dan mendapat juga keruguan kelak di akhirat. Selalunya kita tidak mampu mengubah pemikiran orang lain, sebaliknya orang lain sendiri akan mula lebih hormat dan mengubah persepsi mereka bergantung pada perubahan yang telah di buat dalam diri kita.
Jangan sesekali katakan tidak boleh..
Jangan sesekali katakan tidak mungkin!
Jika 1/3 hidup anda telah dipenuhi kesilapan anda masih ada 2/3 lagi kehidupan..
Jadi mengapa harus kita terus berfikiran negatif dan hanya memandang ke belakang? Jika kita benar-benar ikhlas dan segera bertaubat, dosa-dosa silam mungkin juga akan terhapus. Wallahhualam. ALLAH maha pengampun. :)
Kesimpulannya dalam hidup ni harus pandang kehadapan. Sikap, karenah dan ragam kadang2 hanya mengelirukan dan melemahkan diri sendiri. Kita merasakan hidup ini terlalu sukar, walhal kita yang sebenarnya menyukarkan lagi keadaan..
Disaat kita menyedari sesuatu dan mendapat kesedaran, fikirkan betapa beruntungnya diri.. Ada manusia yang terus hanyut dan tidak sempat untuk berubah sehingga nafas terakhir. Bersyukurlah sekurang-kurangnya ALLAH masih sayang dan membenarkan diri kita menghirup udaranya.
Jadi bagaimana harus kita membalasnya? Adakah hanya dengan meratap kembali kesilapan masa lepas tanpa yakin benar untuk memulakan perubahan? Berkasih sayang juga akan menjadi ibadah apabila ia benar di satukan.. :)
Fikirkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment