Terkilan

| | 0 comments »
Lebih dari 4 tahun mengenali 'dia'.. Satu tempoh yang aku kira cukup bermakna, namun pada dia mungkin hanya sekadar jangka masa.. Banyak juga yang aku belajar dan terus belajar.. Suka duka kehidupan, soal nasib, kesedihan, kepercayaan, keyakinan, pengorbanan.. Sehinggakan didalam setiap keputusan serta pilihan aku sentiasa pastikan ada dia.. 

Biarlah dia tak mengerti apa yang selama ini aku cuba lakukan, usahakan.. Walaupun segalanya untuk dia tak sesekali juga aku harapakan balasan. Tapi sekurang2nya aku juga punya hati dan perasaan.

Sejujurnya hati ini terkilan.. Sangat terkilan.. Sangat sangatlah terkilan.. :(

Disaat aku masih terus mencuba segala.. Walaupun hati terkecewa.. Sentiasa aku memaafkan. sentiasa juga aku menerima penjelasan.. aku rela telan segala kepahitan hanya demi untuk melihat dia gembira. Bukan untuk aku! Perasaan aku tiada lagi perlu ku jaga, aku sudah biasa..

Diruang kesedihan ini mampukah aku terus berdepan dengan kenyataan? Biar aku terluka asal dia gembira. Kebahagian didalam kesedihan insan lain.. Bahagiamu deritaku :)

Melihat ke masa lalu.. Aku berikan dia ruang. Aku berikan juga segala kepercayaan. Namun ini yang harus aku terima.. 

 Hari ini aku nekad, tiada apa kuminta, cukup sekadar aku dapat melihat dirinya.. Kenyataan yang tidak adil.

Ada hati yang lebih penting untuk dijaga.. Tidak mengapa.. Aku cuma terkilan 



 

Kini Aku Terima

| | 0 comments »
Aku terlupa untuk mengerti bahawa dia telah dewasa..

Ya, dia punya penilaian, punya pendirian & juga punya akal fikiran

Siapalah aku pula untuk menentukan segala. Hanya sekadar sekuat semampu mencuba untuk mengingatkan dirinya.

Ya, tidak lebih dari itu.. Walaupun acapkali hati ini tersentuh, tidak mengapa mungkin ada hikmah perjalanan ini.

Aku masih kuat dan nampu berusaha.. Mungkinkah takdir hidup aku untuk membantu membawanya keluar dari jalan hidup ini?

Jika itulah takdirku.. dan untuk dia, aku rela.. Kalaulah benar dia dapat melihat dari kacamata fikiranku..

Tiada keajaiban dalam dunia.. yang ada hanyalah usaha! Hari ini dia mungkin melihat aku kerdil

Namun hari esok, aku ingin memberinya harapan kebahagian. Biarlah dia tidak mengetahui. 

Menghitung hari..

:)

| | 0 comments »
Kebenaran itu pahit lagi menyakitkan, Diantaranya ada hati yang terluka, Kebenaran itu sulit lagi mengharukan, Diantaranya ada jiwa yang terkecewa..

Berkecil hati bukan kerana benci,
Sedih resah bukan kerana marah,
Dalam nafas aku setia menanti,
Dalam takdirku hanya berserah..

Kasih sejati mungkinkah tiada nilai?
Cinta murni mungkinkah tiada rasa?
Dalam tidur tempatku bermimpi,
Dalam sedar hakikat mengguris jiwa..

Pesanku tulus ikhlas buatmu nanti,
Simpan kata tetapkan di dada,
Rasa sementara hanya merosak diri,
Hubungn nafsu tidak memberi makna,

Andai kutahu kau ingin pergi,
Aku pasti buat kau lebih gembira,
Mungkin sukar namun kupegang janji,
Asalkan ingin kau terus ceria..

Sayang..
Andai suatu hari kau teringat,
Nyatakan rasa biar aku telan semua,
Permulaan tidak pernah terlewat,
Asalkan nekad yakin ada bahagia..

hs ~ suatu hari nanti.. ssk

Jika Sebelum AKU Tiada..

| | 0 comments »
1) Ingin pastikan DIA sihat dan baik dari segala macam sakit dan penyakit. DIA kena lebih berdisplin (tak mengelat makan ubat/supplement), gunakan sebaiknya masa dan banyakkan berehat. 

2) Ingin pastikan DIA stabil kembali dari segi kewangan dan perbelanjaan harian. Harap DIA terus kuat dan bersabar, Insyaallah akan cuba bantu sekadar termampu. Segala teguran/nasihat untuk kebaikan DIA juga. Penat lelah jangan di sia-siakan. Takpelah, kalau perlu susahpun untuk DIA juga..

3) Ingin pastikan dia jalani hidup ini terus
 maju kehadapan. AKU cukup faham bahawa ianya memang agak sukar. Tetapi itulah yang DIA harus hadapi. Kadang-kadang memang sedikit berkecil hati. Ya! DIA mungkin merasa bosan atau tidak suka. Niiat ini 1, semiga suatu hari DIA akan lebih faham juga mengerti. Tidaklah AKU menyayangi seseorang kemudian diam & biarkan sahaja segalanya.

4) Ingin dirinya lebih kuat dan tidak diperguna. Memang bagus untuk membantu orang lain, tetapi harus lihat pada masa, kemampuan dan keadaan. Akan cuba untuk membela/mendukung dirinya.. Banyak dugaan menduga. Tak mengapa, harus lebih berusaha dan menghargai DIA.

5) Ingin benar berada disisinya. Agak sulit untuk dinyatakan sepenuhnya. Tidak mengapa, DIA seharusnya lebih faham. Ingin sekali melihat DIA bebas hanya dengan AKU tanpa halangan dan kekangan. Menempuh dunia baru bersama ikatan kasih sayang tulus dan ikhlas. Amin..

6) Ingin percukupkan untuk DIA segala apa yang masih kurang. Masih tidak mampu juga untuk adakan segala. Tak mengapa, apa yang ada semoga DIA turut gembira. Suatu hari Insyaallah akan adakan semua.

7) Ingin hatinya lebih lembut, terbuka dan tidak cepat marah. Tetap cuba menasihati tetapi seringkali apabila emosi mengawal diri, DIA seolah-olah terlupa akan siapalah AKU pada DIA. Sayang.. memang segalanya tidak mudah, namun jangan biarkan emosi/amarah mengawal diri. Kadang-kadang sesuatu andaian itu lebih kejam dari fakta. Buka ruang pada diri untuk menerima dan memberi. AKU tahu suatu hari DIA akan memahami.

Sekadar nukilan juga peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang terlalu sukar untuk kita menyayangi mereka yang kita cukup sayang. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan..

AKU ini juga masih belajar. Tidak kira siapa kita, asalkan boleh berkomunikasi secara positif, lebih terbuka, ada sikap toleransi, kurangkan ego & keras hati, rasional gunakan akal bukan ikut hati, insyaalllah semuanya akan baik-baik sahaja. Jangan pernah jadikan kegagalan masa lepas sebagai halangan untuk mengecapi bahagia. Kegagalan hanyalah kejayaan yang masih tertangguh. ssk

Mengapa

| | 0 comments »
Terkejap aku menyusuri erti
Kata hati yang zahirnya mati
Rongga bicara bersaksi bisu
Bait puitis  khayalan rindu

Lemah tidak jua di akhirkan
Sedih tidak juga di turutkan
Alunan ritma melankolis jiwa
Penawar tiada bernanah luka

Andaikan hati punyai saksi
Melodi rintih menyeksa nurani
Kebenaran nyata ia tidakkan
Perjalanan indah ia hentikan

Sakit menggamit pedih jiwa
Sebak kalbu nanar bergelora
Ingin sekali meraih mimpi tercipta
Terbang di awangan senyum ceria

Hati ini ingin benar berbicara
Tentang kasih manisnya rasa
Bukanlah aku hidupmu gulana
Kasihlah aku nyatakan bahagia

Coretan Untuk Dia..

Mungkin segalanya masih samar. Namun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi dia.. Andai dapat ku undurkan masa pasti dapat aku hadir benar dalam hidupnya.

Mungkin cuma sekadar angan.. Atau mungkin kerana aku tidak pernah tahu MENGAPA..


Tentang DIA

| | 0 comments »
Aku tak ingin kau menagis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin erti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku...

Dengarkan aku sayang..

Susunan bait lirik yang cukup puitis
Di sebalik sekadar nukilan karya..
Turut juga menyimpan erti makna mendalam bagiku..

Hari ini aku telah membuat dia bersedih..
Bukan maksudku..
Namun kenyataannya, ia tetap telahpun berlaku..

Ingin sekali membuat dirinya gembira..
Ingin sekali melihat dirinya tertawa..

Namun diri ini sering sahaja mengecewakan..
Hari yang sepatutnya penuh ceria dengan mudah aku juga yang merosakkan..

Segala silap kata dan perbuatan, harus aku akui YA ia memang salahku..
Sedih, hiba, terkilan, hanya diri ini yang tahu.

Seperti lazimnya aku tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan secara jujurnya,
Kadangkala kata2 mungkin terlalu menyakitkan,
Bukan itu maksudku.. :(

Hanya medium ini yang aku ada..
Memang ternyata sakit perasaan ini, namun lebih sakit bila dirinya aku sakiti.

Aku terasa lemah..
Terus memikirkan dirinya..
Di sini aku cuba meluahkan rasa
Mungkin tidak banyak yang akan terzahir..

Hanya mampu berharap suatu hari dia akan terbaca dan lebih mengerti tentang perasaan ini..

Memang tidak banyak yang aku pinta..
Memang tidak banyak juga dpt aku berikan..

Aku akan cuba mempercukupkan segala untuk dirinya.. Selebihnya aku sentiasa berharapkan kasih sayang ini akan berkekalan. SSK

Baik2 sayang.. :)

Zam - Raya ke 3.. Dia kurang sihat. Harap benar dirinya cepat sembuh. Maaf sayang..

Hari ini..

| | 0 comments »
Pantas begitu cepat masa berlalu.. Secara tidak sedar hari ini telah masuk minggu terakhir puasa. Minggu terakhir juga untuk menyediakan segala macam persiapan untuk raya. Biasanya waktu seperti ini lah juga di manfaatkan sehabis baik bersama keluarga atau insan tersayang.

Hati ini mungkin sudah cukup gembira sekiranya ada yang mengajak meluangkan sedikit masa bersama. Bukan untuk membeli belah itu dan ini, tidak perlukan itu semua. Ada yang lebih bermakna. Rasa kehadiran itu sudah lebih bernilai dari segalanya.

Namun.. di ruang ini ternyata aku masih sendiri. Seperti hari2 yg baisa. Hadir yang seperti tiada. Sesekali apabila melihat insan lain.. Dalam senyuman tersimpan satu makna mendalam. Cemburukah aku melihat mereka? sering sahaja mengandaikan bila aku akan berada di tempat mereka..

Dunia.. Dalam segala kecukupan tetapi ada juga yang masih tidak mahu menghargai. Mungkin mereka tidak sedar betapa bertuahnya mereka hari ini. Mungkin mereka masih tidak sedar betapa tinggi nilai masa yang mereka masih ada. Sehinggalah satu hari mereka tidak akan melaluinya lagi. Kalaulah aku di tempat mereka..

Dan aku.. Masa merupakan perhitungan waktu. Menunggu, menanti walau kesudahannya masih tidak pasti. Mengandaikan hari esok kadang terasa lemah diri ini. Aku yang memilih jalan ini.. Tidak pernah menyesal namun kadangkala mungkin tidak cukup kuat. Hanya di sini sedikit ruang untuk dapat aku meluahkan.. Hanya di sini..



Meaning of L.O.V.E

| | 0 comments »
When you are so long around someone who loves you, it is easy to take them for granted.

One of the many challenges of a relationship is keeping it fresh and not taking for granted that you are in one.

In order to do this we must show how much we love one another everyday. Forgetting to do so will simply lead a relationship to its demise.

You can say sorry a million times,
Say I love you as much as I want,
Say whatever you want,
Whenever you want,

But if you're not going to prove that the things that you say are true,
Then don't say anything at all..
Because if you can't show it,
Your words don't mean a thing..

Hidup adalah Perjuangan

| | 0 comments »
Hidup ini adakalanya sukar,
Namun lebih sukar jika kita semakin menyukarkannya..
Hidup ini adakalanya sukar,
Namun lebih sukar bila kita tidak menghargainya..

Di saat kita merasakan masalah yang membelenggu terlalu rumit,
Sebenarnya penyelesaian sentiasa telah tersedia bagi orang yang percaya dan yakin. Memang tidak akan ada satu penyelesaianpun yang dapat mengembalikan masa silam!
Namun itulah kehidupan..
Harus untuk terus melangkah kehadapan..

Haruskah kita jatuh lantas mensia-siakan masa hadapan?
Mungkin ALLAH sengaja mahu menguji menemukan kita dengan pasangan yang salah sebelum bertemu yang betul??
Kuatkan semangat dan jangan sekali tewas pada ujian!
Bagaimanapun nasib kita mungkin ia masih jauh lebih baik dari insan lain..

Mana yang lebih berbaloi?
Berhadapan dengan masalah untuk memastikan kebahagian masa hadapan??
Atau hanya berdiam diri mempertaruhkan nasib semata-mata pada takdir??

Sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah perjuangan..

Zam~berjuang demi kebahagiaan masa hadapan..


Kata Pujangga..

| | 0 comments »
1)
"Apabila peluang tidak mendatangi kita, maka kita hendaklah mendatangi peluang.. Kerana yang pipih tidak akan melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek"

Maksud - Kita tidak boleh hanya menunggu sesuatu hadir/tersedia di hadapan mata, sebaliknya harus sentiasa ikhtiar, bersedia serta mempersiapkan diri. Hidup perlukan usaha dan pengorbanan! Jangan berharap akan memperoleh sesuatu hasil tanpa usaha yang di setimpal..

2)
"Apabila diri melalui kesukaran, kesukaran akan memulakan perjalanan"

Maksud - Apabila diri di landa kesusahan, secara kebetulan baru kita akan benar-benar memulakan tindakan. Lumrah manusia di saat semuanya terkawal mereka hanya bersenang lenang tanpa memikirkan atau mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan. 'Masalah' seharusnya untuk di selesaikan, ini kerana bimbang takut permasalahan itu akan menghantui kita disaat diri paling tidak bersedia.

Zam~Kata-kata yang cukup ringkas namun cukup memberi pengertian.. :)

Usaha, tawakal, redha

| | 0 comments »
Aku tidak punya siapa kecuali yakin hanya dirinya..

YA ALLAH,
Andai ini jodoh aku maka tetapkanlah hatiku..
Andai ini jodohku maka kuatkanlah rasa kasihku..
Andai ini jodohku maka permudahkanlah untuk aku..

Aku percaya pada ketentuan, tetapi aku lemah untuk hanya mengalah dan berserah.

Kebahagian sebenar akan tiba jika kita benar-benar ikhlas, jujur serta yakin pada diri sendiri.

Manusia tidak hanya di hukum kerana dosa-dosa silam,
Manusia tidak hanya di nilai dari kesilapan yang telah lalu,
Buka hati, yakini diri dan mulakan pembaharuan..

Insyaallah belum terlambat selagi kita masih mampu menghirup udara di bumi ini..

Zam~Usaha, tawakal dan baru redha. :)


Manusia - Antara 'sikap', 'karenah' & 'ragam'

| | 0 comments »
Hari ini saya tertarik untuk menulis berkenaan ulasan perkara di atas. Hanya sekadar atas rasa prihatin dan mesej berbentuk perkongsian. Tidak melabel atau menjatuhkan, sebaliknya hanya sekadar cuba untuk mendefinisikan konsep pemikikiran yang lebih positif untuk direnungkan. Mungkin sekadar hanya bahan bacaan biasa, atau mungkin juga dapat memberi kefahaman serta manfaat nyata. Terpulang bagaimana anda menilai..

Bercakap tentang "sikap, karenah dan ragam" manusia seringkali buntu. Kemudian mengolah perihal ini dari sudut pemikiran sendiri tanpa terlebih dahulu berbalik kepada asas rasional dan logik.

Pelbagai cerita pernah saya terdengar dari rakan-rakan. Mereka yang hanyut semakin hanyut dan mereka yang ingin berubah terkandas kerana fikiran kolot dan sikap negatif mereka. Lantaran itu membuat hati ini terdetik untuk berkongsi sedikit kebenaran dan kenyataan.

Manusia kini pada asasnya semuanya adalah sama. Dari seorang bayi yang lahir itu tidak kira apapun status mereka, mereka ini tetap insan yang suci!

Bayi itu umpama kain putih. Bagaimana ia di corak begitulah asasnya. Manusia bukan terus dilahirkan dengan akal fikiran yang sempurna. Kerana itulah islam menitik beratkan tentang ilmu rumah tangga. Dari kefahaman ini, dari pandangan saya boleh untuk kita kategorikan manusia ini dalam 2 lingkungan.

1) Mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang baik agama dan akhlaknya

2) Mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh isu sosial, jenayah dan kurang didikan agama

Pada dasarnya anak yang lahir itu tetap sama. Tetapi bagaimana mereka di bentuk dari segi persekitaran dan pergaulan itulah yang akan menjadikan diri mereka hari ini.

Jika dari kecil mereka telah di besarkan dengan cara yang tidak betul, jadi wajarkah kita hanya menuding jari pada insan-insan malang ini? Mereka tidak dapat memilih siapa ibu bapa mereka? Sama sepertimana juga kita! Jadi wajarkah kita menghukum mereka sedangkan mereka sendiri tidak sedar pembawaan diri mereka adalah salah dan berbeza dari orang kebanyakan?

Untuk menilai seseorang itu kita tidak harus hanya sekadar melihat masa silam kehidupan mereka. Seseorang yang dibesarkan dengan penuh dosa-dosa silam dan kemudian apabila mereka sedar, mereka berfikir, mereka berubah dan mereka bertindak lebih matang.. Golongan ini sebenarnya jauh lebih mulia dari mereka yang telah diberikan didikan secukupnya tetapi apabila dewasa lebih teruk hanyut dalam arus keseronokan dunia.

Jadi jangan menyalahkan takdir anda. Jika di dunia anda rasa teraniaya, anda rasa di pandang rendah atau diperlekehkan. Terima dengan redha dan mulakan perubahan. Kalau bukan di dunia, mungkin masih ada tempat untuk anda di akhirat. Jangan lepaskan keduanya!

Ada yang kurang bersemangat dan yakin untuk berubah kerana mereka merasakan diri mereka masih cukup teruk. Mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk pasangan, justeru itu menjadikan hati mereka cukup keras. Harus diperbetulkan persepsi pemikiran. Jangan hanya melihat pada perkara negatif. Seribu masalah sekalipun apabila ALLAH telah membuka jalan, tiada apa yang mustahil.

Jangan kerana kesilapan lepas di dunia anda mengabaikan masa depan dan mendapat juga keruguan kelak di akhirat. Selalunya kita tidak mampu mengubah pemikiran orang lain, sebaliknya orang lain sendiri akan mula lebih hormat dan mengubah persepsi mereka bergantung pada perubahan yang telah di buat dalam diri kita.

Jangan sesekali katakan tidak boleh..
Jangan sesekali katakan tidak mungkin!
Jika 1/3 hidup anda telah dipenuhi kesilapan anda masih ada 2/3 lagi kehidupan..

Jadi mengapa harus kita terus berfikiran negatif dan hanya memandang ke belakang? Jika kita benar-benar ikhlas dan segera bertaubat, dosa-dosa silam mungkin juga akan terhapus. Wallahhualam. ALLAH maha pengampun. :)

Kesimpulannya dalam hidup ni harus pandang kehadapan. Sikap, karenah dan ragam kadang2 hanya mengelirukan dan melemahkan diri sendiri. Kita merasakan hidup ini terlalu sukar, walhal kita yang sebenarnya menyukarkan lagi keadaan..

Disaat kita menyedari sesuatu dan mendapat kesedaran, fikirkan betapa beruntungnya diri.. Ada manusia yang terus hanyut dan tidak sempat untuk berubah sehingga nafas terakhir. Bersyukurlah sekurang-kurangnya ALLAH masih sayang dan membenarkan diri kita menghirup udaranya.

Jadi bagaimana harus kita membalasnya? Adakah hanya dengan meratap kembali kesilapan masa lepas tanpa yakin benar untuk memulakan perubahan? Berkasih sayang juga akan menjadi ibadah apabila ia benar di satukan.. :)

Fikirkan..

Saat hati mendua ketika itu aku akan pergi..

| | 0 comments »
Kisah hidup ini tidak selalunya indah,
Tidak semuanya akan berlaku mengikut perancangan,
Sedang hari yang berlalu kita akan terus mempelajari sesuatu,
Kata orang belajar dari pengalaman adalah rakan yang paling baik,
Namun belajar menghargai masa hadapan adalah kunci pada kebahagiaan..

Hati adalah sesuatu yang tidak dapat di definisikan dari akal,
Namun kesetiaan pula datang dari pengertian yang berbeza,
Kesetiaan hadir dari rasa kasih yang tulus, amanah, tanggungjawab, komitmen dan kepercayaan sepenuhnya..

Ilmu alam ini mudah..
Jika tidak ingin disakiti maka jangan menyakiti,
Jika ingin untuk bahagia maka harus setia,
Jika ingin langkah terhenti maka biarkan diri meratap kebelakang,
Jika ingin terus mara maka mulakan pembaharuan..

Kadang kita merasakan yang kita dapat untuk mengawal semua..
Tapi disaat diri lalai dan termakan bisikan syaitan, di saat itu jugalah kita akan leka..

Jadi tidak perlu sebenarnya untuk memulakan..
Penyesalan adalah sesuatu yang hanya berlaku selepas sesuatu itu terjadi..
Tidakkah pada awalnya mereka merasakan mampu mengawal semua?
Kerana itu wujudnya insan2 yang telah menyesal.. Kerana menganggap bahawa mereka mampu mengawal semua , tanpa menyedari diri hanyalah MANUSIA..

Di saat kita melakukan sesuatu, fikirkan juga tentang hati yang mungkin akan terluka..
Niat sahaja tidak akan menghalalkan perbuatan..
Harus jelas tentang apa yang perlu dan apa yang tidak,
Tidak perlu untuk memulakan sesuatu yang hanya bersifat sementara dan akhirnya merugikan..

Fikirkan apa yang di cari dan di kejar dalam kehidupan..
Fikirkan siapa yang sentiasa menjadi pendukung memberi kita dorongan serta kekuatan..
Fikirkan tentang berapa ramai insan yang telah menyesal atas kesilapan masa lalu..
Semuanya bermula dari sikap diri..



Zam~Bila saat hati mendua yakini diri ini akan pergi..

Dia Tahu

| | 0 comments »
DIA TAHU lemah jiwa merana,
DIA TAHU sakit hati tersiksa,
Namun kini dia terlupa..
Namun kini dia terleka..

Antara emas batu permata,
Aku mungkin hanyalah perhiasan kaca,
Namun aku juga punya deria..
Namun aku juga punya rasa..

DIA TAHU jalan itu menyesatkan,
DIA TAHU tiada sebarang keperluan,
Namun dia ertikan sebagai gurauan..
Namun dia zahirkan dengan perkataan..

DIA TAHU erti sebenar keikhlasan,
DIA TAHU makna sebenar kepercayaan,
Namun seperti diri ini pula dipersalahkan..
Namun seperti diri ini pula yang menyukarkan..

DIA TAHU segala tentang perasaannya,
DIA TAHU segala tentang deritanya,
Namun dia tidak pernah tekad untuk menghadapinya..
Namun dia tidak pernah serius untuk
Mengubahnya..

DIA TAHU..


Zam~Mungkin dia tidak tahu tentang rasa hati ini.. Tak mengapa hadapi dgn senyuman.. :)

Aku Ini

| | 0 comments »
AKU INI..
AKU INI hanyalah insan biasa yang punya perasaan,
AKU INI hanyalah insan biasa yang mengharapkan kesetiaan,
AKU INI hanyalah insan biasa yang mengharapkan kebahagian..

AKU INI juga punya kehidupan dan masa silam,
AKU INI juga punya gulir kisah detik hitam,
Namun AKU INI telah bisa menelan, memendam demi melihat seraut senyuman,
AKU INI perlu akur dengan segala ujian dan dugaan..

AKU INI menerima sahaja segala apa yang telah di sampaikan,
AKU INI cuba untuk memahami tetapi semakin sulit pula yang di jalani,
Nyata AKU INI tidak mampu mengubah detik masa yang telah berlalu,
AKU INI telah hadir namun jasad nyata tiada..

AKU INI tertanya apakah begitu istemewa kisah silamnya hingga itu yang di lebihkan dari AKU INI?
AKU INI tertanya tidakkah dirinya sanggup berkorban demi AKU INI dan masa depan hidupnya?

AKU INI adakah tidak cukup istemewa untuk mengubat hari-hari dukanya?
AKU INI adakah tidak cukup istemewa untuk hadir dalam setiap detik sukar hidupnya?


Zam~yang indah mungkin hanya nampak di luaran.. Segalanya berkait dengan keyakinan, kepercayaan serta rasa benar kasih syg.. Antara diri aku masih ada %#^€* dan dirinya hanya membiarkan ia terus berpanjangan. Aku sedar wlaupun itu hakikat yg perit.

Di Saat Ini

| | 0 comments »
Di saat ini aku rindukan dirinya,
Di saat ini aku perlukan dirinya,
Untukku dakap erat secara zahirnya,
Untukku lafaz ucap kata cinta..

Di saat ini jiwaku kosong sendiri,
Di saat ini hidupku kurang berseri,
Inginku lihat dirinya di sisi,
Inginku bawa dirinya menemani hari..

Hadirlah di saat ini,
Hapuslah kenangan menghantui diri,
Bangkitlah dari mimpi ilusi,
Yakinlah diriku hadir kini..

Hadirlah di saat ini,
Bertiuplah rindu ke mari,
Bertautlah kasih bersemi,
Semoga kita berkasih sejati..


Zam ~ Hanya diri ini yang tahu betapa besar rasa kasih ini.. Masa depan adalah detik hidup yg paling indah untuk di kecapi.. Masa lalu jdkan iktibar dlm mengharungi hari. SSK

Marah?

| | 0 comments »
Bermacam situasi, bermacam juga rasionalnya
Bermacam masalah, bermacam juga penyelesaiannya..

Kunci kejayaan hanyalah dengan mempunyai minda yang positif dan tenang.

Perasaan marah berkait juga dengan rasa ego dalam diri.
Apabila dipanjangkan ia boleh meletus dan mempamerkan segala bentuk tindakan dangkal seorang insan.

Namun ada peringkat pada kemarahan itu dan haruslah kita untuk mengawalnya

Menguasai kemarahan adalah ilmu, sebaliknya membiarkan diri dikuasai kemarahan boleh mengundang pelbagai impak buruk terutamanya dalam sesuatu hubungan..

Bilamana diri dikuasai kemarahan, lalu kita hilang pertimbangan dan hanya mengikut segala kehendak perasaan.. Kerika itu 'AKAL' hanyalah hiasan boneka semata-mata. Bisikan syaitan menguasai diri, menjadikan segalanya tampak terlalu sukar dan menyakitkan.

"Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya"

Seiring dengan kefahaman di atas haruslah di titik beratkan, setiap tutur kata adalah umpama 'emas', yakni erti atau nilainya sangat tinggi!

Kita mungkin boleh memaafkan sesuatu kata2 yang menyakitkan, tetapi ingatannya akan tetap terpahat dalam diri. Kerana itu haruslah untuk menjaga segala tutur kata dan perilaku.

Apa yang boleh dilakukan ketika merasa marah?

1) Mengambil Wuduk
Rasa marah yang melebih2 mungkin berpunca dari hasutan serta bisikan syaitan. Mengambil wuduk dapat membuatkan perasaan kita lebih tenang. Marah itu umpama api, maka siramilah ia dengan air..

2) Menganalisis Punca
Harus untuk kita faham punca sebenar mengapa kita marah. Dengan memahami punca itu barulah kita dapat mentafsir apakah fokus sebenar yang ingin ditekankan

3) Mengawal Tingkahlaku
Marah adalah perasaan. Akal pula ada kurniaan. Jangan sesekali mengabaikan terus fungsi akal. Kemarahan juga ada sifat positif dan negatif. Bila kita marah sebenarnya mungkin adalah untuk menekankan pegangan diri yang tidak di fahami. Namun harus ada rasa hormat dan elakkan menggunakan kata-kata kesat.

4) Rendahkan Ego
Ego sebenarnya dari hati. Ego itu bersifat 'buta'. Jangan kerana sifat egi hilang segala rasional dalam diri. Bila kita marah, namun harus juga sedia untuk memaafkan. Kadang2 di saat sedang marah, kita sedar akan kesilapan, namun rasa ego membuatkan kita terus sengaja menyakitkan.

5) Berfikiran Positif
Positif bermakna cuba mendengar dan tidak menokok tambah. Jangan menjadi negatif dan membuat segala macam andaian. Apa yang kita fikirkan, tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Kadang2 diri kita dipengaruhi pengalaman masa lepas yang membuatkan kita menjangka semua kadaan adalah sama, walhal itu sebenarnya hanyalah mainan perasaan.. Kerana itulah penting untuk terus "hidup kehadapan"!

6) Fikirkan Penyelesaian
Memikirkan penyelesaian lebih baik dari menambah segala kecelaruan. Marah bukan semata2 untuk memperbesarkan kadaan. Namun marah juga harus ada matlamat fan tujuan. Rasa marah berkait dengan ketegasan dan pegangan diri. Rasa marah perlukan arah tuju! Bila kita marah kita sebenarnya meluahkan rasa tidak puas hati. Namun langkah seterusnya adalah untuk disambung pula dengan perbincangan untuk mencari langkah penyelesaian.

7) Memaafkan & Menghargai
Kunci sebenar untuk mengawal kemarahan adalah dengan memaafkan dan menghargai sesuatu. Rasa penghargaan itu membuatkan diri kita lebih rasa hormat, lebih rasional dan lebih tenang untuk bertindak di dalam kawalan.

Kesimpulannya marah juga adalah satu sifat cabang ilmu yang perlu di di dalami untuk kesejahteraan sesuatu ikatan atau perhubungan.


Zam~ Kita boleh marah terhadap sesuatu yang benar di tuturkan atau di lakukan.. Tetapi membuat andaian, ternyata ia adalah 'KESILAPAN'..

Keadilan yang Tiada

| | 0 comments »
Benarlah kata orang, keadilan sebenar tiada di dunia..

Sungguh ironi rasanya..
Apabila kita bertanyakan sesuatu dengan tujuan yang baik,
Juga dengan niat yang baik,
Namun sebaliknya pula ia di salah tafsir..
Begitu mudah di salah erti..
Lantas terus hilang rasa hormat,
Terus hilang rasa percaya..

Apakah kita manusia makhluk yang syumul?
Apakah kita manusia mampu sepenuhnya membaca hati insan lain?
Apakah kita manusia begitu sempurna sehingga mudah dengan sinis menyangkal erti sebuah kejujuran?

Terkesima.. Terpaku.. Nanar.. Kecewa.. Sebak.. Sedih.. Pilu.. Seribu rasa walau di ucap belum kan tentu ada yang benar akan mengerti.

Apakah erti sebenar kepercayaan?
Terlalu banyak pengertiannya..
Tetapi bila ada rasa seperti meragui atau ingin mengetahui..
Tidak salah untuk merujuk dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau andaian..
Itulah teras asas pada kepercayaan!

Adakah menjadi satu kesalahan sekadar untuk mengemukakan pertanyaan? Perlukah di tambah pula dengan andaian2 negatif? Bukankah itu lebih menunjukkan sikap lebih tidak mempercayai? Bukankah itu lebih kepada satu bentuk tuduhan melulu..

Sesuatu gurauan hanyalah beerti "GURAUAN"
Tidak perlu untuk dirumitkan dengan olahan serta tokok tambah pesimif..
Apakah kebenaran yang cuba di buktikan?
Adakah telah hilang kepercayaan untuk mendengar segala penjelasan?

Di saat kemarahan menguasai diri..
Manusia kerapkali membelakangkan akal..
Hilang segala rasional..
Hilang segala pertimbangan..
Tutur kata dibayangi benci dan dendam..

Namun harus di ingat,
Kemarahan itu adalah api dan dendam itu adalah bara..
Selagi mana ia terus membakar, selagi itu dendam tidak akan terhapus..

Belajar untuk menerima dan memaafkan..
Belajar untuk menghormati....
Belajar untuk mendengar lebih dari membuat andaian!
Sentiasa berprasangka baik kerana apa yg kita tafsirkan belum tentu apa yang sebenarnya di dikirkan.. Renungkan..


Zam~ Cari penyelesaian pada segala permasalahan, bukannya merumitkn lagi keadaan. Saling memahami, saling mendengari, saling memaafkan, saling mempelajari, saling menghargai, saling menghormati.. :)



Kehidupan..

| | 0 comments »
Apakah yang sebenarnya di rencana untuk masa hadapan?
Apakah yang difikirkan tentang perancangan?

Hati ini telah sedia ikhlas usah disangsikan..
Namun lebih bermakna jika berserta jalinan..
Semoga yang lalai bertukar ibadah..
Semoga yang dosa menjadi pahala..

Hidup ini bukan sekadar permasalahan,
Tetapi untuk mencari penyelesaian..
Hidup ini bukan tentang mereka,
Tetapi tentang kebahagian kita..
Hidup ini bukan hanya tentang dunia,
Tetapi tentang kehidupan selepas dunia..

Apa yang difikirkan adakah semata-mata mengikut perasaan?
Apa yang di kejar adakah semata-mata dunia?

Jika itu yang difikirkan maka hanya itulah yang akan dikecapi..
Tidak pernah berjaya bukan bermakna harus berhenti mencuba..
Tidak pernah bahagia bukan bermakna tidak akan bahagia..
Tidak memikirkan bukan bermakna akan hadir keajaiban..

Segalanya bermula dengan usaha, tawakal dan redha..

Harus bezakan antara naluri dan akal..
Kerana yang membezakan manusia dengan makhluk lain kita dikurniakan akal. Jadi gunakan sebaiknya. Jangan biarkan ruang emosi menguasai diri.

Fikirkan tujuan dan pelaksanaan..
Kebahagian itu begitu tinggi nilainya,
Maka harus setimpal dengan usaha untuk memperolehinya..


Zam - Kebahagian itu indah. Namun harus sedar untuk menghargainya..

Tentang Rasa Hati

| | 0 comments »
Kalau dapat saja aku sampaikan,
Ingin sekali untuk aku meluahkan,
Tentang rasa hati yang tidak keruan,
Tentang perih rindu yang tak tertahan..

Hadir dirinya persis bidadari,
Merubah dunia menambah seri,
Namun hidup tidak seindah mimpi,
Yang zahir tetap masih tersembunyi..

Rasa sayang tulus dan ikhlas,
Belum mampu merubah jiwa yang keras,
Kental menafikan luahan intrepetasi diri,
Merumitkan makna kebahagian di cari..

Tentang rasa hati..
Biarlah diri ini saja yang mengerti..