Manusia - Antara 'sikap', 'karenah' & 'ragam'

| | 0 comments »
Hari ini saya tertarik untuk menulis berkenaan ulasan perkara di atas. Hanya sekadar atas rasa prihatin dan mesej berbentuk perkongsian. Tidak melabel atau menjatuhkan, sebaliknya hanya sekadar cuba untuk mendefinisikan konsep pemikikiran yang lebih positif untuk direnungkan. Mungkin sekadar hanya bahan bacaan biasa, atau mungkin juga dapat memberi kefahaman serta manfaat nyata. Terpulang bagaimana anda menilai..

Bercakap tentang "sikap, karenah dan ragam" manusia seringkali buntu. Kemudian mengolah perihal ini dari sudut pemikiran sendiri tanpa terlebih dahulu berbalik kepada asas rasional dan logik.

Pelbagai cerita pernah saya terdengar dari rakan-rakan. Mereka yang hanyut semakin hanyut dan mereka yang ingin berubah terkandas kerana fikiran kolot dan sikap negatif mereka. Lantaran itu membuat hati ini terdetik untuk berkongsi sedikit kebenaran dan kenyataan.

Manusia kini pada asasnya semuanya adalah sama. Dari seorang bayi yang lahir itu tidak kira apapun status mereka, mereka ini tetap insan yang suci!

Bayi itu umpama kain putih. Bagaimana ia di corak begitulah asasnya. Manusia bukan terus dilahirkan dengan akal fikiran yang sempurna. Kerana itulah islam menitik beratkan tentang ilmu rumah tangga. Dari kefahaman ini, dari pandangan saya boleh untuk kita kategorikan manusia ini dalam 2 lingkungan.

1) Mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang baik agama dan akhlaknya

2) Mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh isu sosial, jenayah dan kurang didikan agama

Pada dasarnya anak yang lahir itu tetap sama. Tetapi bagaimana mereka di bentuk dari segi persekitaran dan pergaulan itulah yang akan menjadikan diri mereka hari ini.

Jika dari kecil mereka telah di besarkan dengan cara yang tidak betul, jadi wajarkah kita hanya menuding jari pada insan-insan malang ini? Mereka tidak dapat memilih siapa ibu bapa mereka? Sama sepertimana juga kita! Jadi wajarkah kita menghukum mereka sedangkan mereka sendiri tidak sedar pembawaan diri mereka adalah salah dan berbeza dari orang kebanyakan?

Untuk menilai seseorang itu kita tidak harus hanya sekadar melihat masa silam kehidupan mereka. Seseorang yang dibesarkan dengan penuh dosa-dosa silam dan kemudian apabila mereka sedar, mereka berfikir, mereka berubah dan mereka bertindak lebih matang.. Golongan ini sebenarnya jauh lebih mulia dari mereka yang telah diberikan didikan secukupnya tetapi apabila dewasa lebih teruk hanyut dalam arus keseronokan dunia.

Jadi jangan menyalahkan takdir anda. Jika di dunia anda rasa teraniaya, anda rasa di pandang rendah atau diperlekehkan. Terima dengan redha dan mulakan perubahan. Kalau bukan di dunia, mungkin masih ada tempat untuk anda di akhirat. Jangan lepaskan keduanya!

Ada yang kurang bersemangat dan yakin untuk berubah kerana mereka merasakan diri mereka masih cukup teruk. Mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk pasangan, justeru itu menjadikan hati mereka cukup keras. Harus diperbetulkan persepsi pemikiran. Jangan hanya melihat pada perkara negatif. Seribu masalah sekalipun apabila ALLAH telah membuka jalan, tiada apa yang mustahil.

Jangan kerana kesilapan lepas di dunia anda mengabaikan masa depan dan mendapat juga keruguan kelak di akhirat. Selalunya kita tidak mampu mengubah pemikiran orang lain, sebaliknya orang lain sendiri akan mula lebih hormat dan mengubah persepsi mereka bergantung pada perubahan yang telah di buat dalam diri kita.

Jangan sesekali katakan tidak boleh..
Jangan sesekali katakan tidak mungkin!
Jika 1/3 hidup anda telah dipenuhi kesilapan anda masih ada 2/3 lagi kehidupan..

Jadi mengapa harus kita terus berfikiran negatif dan hanya memandang ke belakang? Jika kita benar-benar ikhlas dan segera bertaubat, dosa-dosa silam mungkin juga akan terhapus. Wallahhualam. ALLAH maha pengampun. :)

Kesimpulannya dalam hidup ni harus pandang kehadapan. Sikap, karenah dan ragam kadang2 hanya mengelirukan dan melemahkan diri sendiri. Kita merasakan hidup ini terlalu sukar, walhal kita yang sebenarnya menyukarkan lagi keadaan..

Disaat kita menyedari sesuatu dan mendapat kesedaran, fikirkan betapa beruntungnya diri.. Ada manusia yang terus hanyut dan tidak sempat untuk berubah sehingga nafas terakhir. Bersyukurlah sekurang-kurangnya ALLAH masih sayang dan membenarkan diri kita menghirup udaranya.

Jadi bagaimana harus kita membalasnya? Adakah hanya dengan meratap kembali kesilapan masa lepas tanpa yakin benar untuk memulakan perubahan? Berkasih sayang juga akan menjadi ibadah apabila ia benar di satukan.. :)

Fikirkan..

Saat hati mendua ketika itu aku akan pergi..

| | 0 comments »
Kisah hidup ini tidak selalunya indah,
Tidak semuanya akan berlaku mengikut perancangan,
Sedang hari yang berlalu kita akan terus mempelajari sesuatu,
Kata orang belajar dari pengalaman adalah rakan yang paling baik,
Namun belajar menghargai masa hadapan adalah kunci pada kebahagiaan..

Hati adalah sesuatu yang tidak dapat di definisikan dari akal,
Namun kesetiaan pula datang dari pengertian yang berbeza,
Kesetiaan hadir dari rasa kasih yang tulus, amanah, tanggungjawab, komitmen dan kepercayaan sepenuhnya..

Ilmu alam ini mudah..
Jika tidak ingin disakiti maka jangan menyakiti,
Jika ingin untuk bahagia maka harus setia,
Jika ingin langkah terhenti maka biarkan diri meratap kebelakang,
Jika ingin terus mara maka mulakan pembaharuan..

Kadang kita merasakan yang kita dapat untuk mengawal semua..
Tapi disaat diri lalai dan termakan bisikan syaitan, di saat itu jugalah kita akan leka..

Jadi tidak perlu sebenarnya untuk memulakan..
Penyesalan adalah sesuatu yang hanya berlaku selepas sesuatu itu terjadi..
Tidakkah pada awalnya mereka merasakan mampu mengawal semua?
Kerana itu wujudnya insan2 yang telah menyesal.. Kerana menganggap bahawa mereka mampu mengawal semua , tanpa menyedari diri hanyalah MANUSIA..

Di saat kita melakukan sesuatu, fikirkan juga tentang hati yang mungkin akan terluka..
Niat sahaja tidak akan menghalalkan perbuatan..
Harus jelas tentang apa yang perlu dan apa yang tidak,
Tidak perlu untuk memulakan sesuatu yang hanya bersifat sementara dan akhirnya merugikan..

Fikirkan apa yang di cari dan di kejar dalam kehidupan..
Fikirkan siapa yang sentiasa menjadi pendukung memberi kita dorongan serta kekuatan..
Fikirkan tentang berapa ramai insan yang telah menyesal atas kesilapan masa lalu..
Semuanya bermula dari sikap diri..



Zam~Bila saat hati mendua yakini diri ini akan pergi..

Dia Tahu

| | 0 comments »
DIA TAHU lemah jiwa merana,
DIA TAHU sakit hati tersiksa,
Namun kini dia terlupa..
Namun kini dia terleka..

Antara emas batu permata,
Aku mungkin hanyalah perhiasan kaca,
Namun aku juga punya deria..
Namun aku juga punya rasa..

DIA TAHU jalan itu menyesatkan,
DIA TAHU tiada sebarang keperluan,
Namun dia ertikan sebagai gurauan..
Namun dia zahirkan dengan perkataan..

DIA TAHU erti sebenar keikhlasan,
DIA TAHU makna sebenar kepercayaan,
Namun seperti diri ini pula dipersalahkan..
Namun seperti diri ini pula yang menyukarkan..

DIA TAHU segala tentang perasaannya,
DIA TAHU segala tentang deritanya,
Namun dia tidak pernah tekad untuk menghadapinya..
Namun dia tidak pernah serius untuk
Mengubahnya..

DIA TAHU..


Zam~Mungkin dia tidak tahu tentang rasa hati ini.. Tak mengapa hadapi dgn senyuman.. :)

Aku Ini

| | 0 comments »
AKU INI..
AKU INI hanyalah insan biasa yang punya perasaan,
AKU INI hanyalah insan biasa yang mengharapkan kesetiaan,
AKU INI hanyalah insan biasa yang mengharapkan kebahagian..

AKU INI juga punya kehidupan dan masa silam,
AKU INI juga punya gulir kisah detik hitam,
Namun AKU INI telah bisa menelan, memendam demi melihat seraut senyuman,
AKU INI perlu akur dengan segala ujian dan dugaan..

AKU INI menerima sahaja segala apa yang telah di sampaikan,
AKU INI cuba untuk memahami tetapi semakin sulit pula yang di jalani,
Nyata AKU INI tidak mampu mengubah detik masa yang telah berlalu,
AKU INI telah hadir namun jasad nyata tiada..

AKU INI tertanya apakah begitu istemewa kisah silamnya hingga itu yang di lebihkan dari AKU INI?
AKU INI tertanya tidakkah dirinya sanggup berkorban demi AKU INI dan masa depan hidupnya?

AKU INI adakah tidak cukup istemewa untuk mengubat hari-hari dukanya?
AKU INI adakah tidak cukup istemewa untuk hadir dalam setiap detik sukar hidupnya?


Zam~yang indah mungkin hanya nampak di luaran.. Segalanya berkait dengan keyakinan, kepercayaan serta rasa benar kasih syg.. Antara diri aku masih ada %#^€* dan dirinya hanya membiarkan ia terus berpanjangan. Aku sedar wlaupun itu hakikat yg perit.

Di Saat Ini

| | 0 comments »
Di saat ini aku rindukan dirinya,
Di saat ini aku perlukan dirinya,
Untukku dakap erat secara zahirnya,
Untukku lafaz ucap kata cinta..

Di saat ini jiwaku kosong sendiri,
Di saat ini hidupku kurang berseri,
Inginku lihat dirinya di sisi,
Inginku bawa dirinya menemani hari..

Hadirlah di saat ini,
Hapuslah kenangan menghantui diri,
Bangkitlah dari mimpi ilusi,
Yakinlah diriku hadir kini..

Hadirlah di saat ini,
Bertiuplah rindu ke mari,
Bertautlah kasih bersemi,
Semoga kita berkasih sejati..


Zam ~ Hanya diri ini yang tahu betapa besar rasa kasih ini.. Masa depan adalah detik hidup yg paling indah untuk di kecapi.. Masa lalu jdkan iktibar dlm mengharungi hari. SSK

Marah?

| | 0 comments »
Bermacam situasi, bermacam juga rasionalnya
Bermacam masalah, bermacam juga penyelesaiannya..

Kunci kejayaan hanyalah dengan mempunyai minda yang positif dan tenang.

Perasaan marah berkait juga dengan rasa ego dalam diri.
Apabila dipanjangkan ia boleh meletus dan mempamerkan segala bentuk tindakan dangkal seorang insan.

Namun ada peringkat pada kemarahan itu dan haruslah kita untuk mengawalnya

Menguasai kemarahan adalah ilmu, sebaliknya membiarkan diri dikuasai kemarahan boleh mengundang pelbagai impak buruk terutamanya dalam sesuatu hubungan..

Bilamana diri dikuasai kemarahan, lalu kita hilang pertimbangan dan hanya mengikut segala kehendak perasaan.. Kerika itu 'AKAL' hanyalah hiasan boneka semata-mata. Bisikan syaitan menguasai diri, menjadikan segalanya tampak terlalu sukar dan menyakitkan.

"Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya"

Seiring dengan kefahaman di atas haruslah di titik beratkan, setiap tutur kata adalah umpama 'emas', yakni erti atau nilainya sangat tinggi!

Kita mungkin boleh memaafkan sesuatu kata2 yang menyakitkan, tetapi ingatannya akan tetap terpahat dalam diri. Kerana itu haruslah untuk menjaga segala tutur kata dan perilaku.

Apa yang boleh dilakukan ketika merasa marah?

1) Mengambil Wuduk
Rasa marah yang melebih2 mungkin berpunca dari hasutan serta bisikan syaitan. Mengambil wuduk dapat membuatkan perasaan kita lebih tenang. Marah itu umpama api, maka siramilah ia dengan air..

2) Menganalisis Punca
Harus untuk kita faham punca sebenar mengapa kita marah. Dengan memahami punca itu barulah kita dapat mentafsir apakah fokus sebenar yang ingin ditekankan

3) Mengawal Tingkahlaku
Marah adalah perasaan. Akal pula ada kurniaan. Jangan sesekali mengabaikan terus fungsi akal. Kemarahan juga ada sifat positif dan negatif. Bila kita marah sebenarnya mungkin adalah untuk menekankan pegangan diri yang tidak di fahami. Namun harus ada rasa hormat dan elakkan menggunakan kata-kata kesat.

4) Rendahkan Ego
Ego sebenarnya dari hati. Ego itu bersifat 'buta'. Jangan kerana sifat egi hilang segala rasional dalam diri. Bila kita marah, namun harus juga sedia untuk memaafkan. Kadang2 di saat sedang marah, kita sedar akan kesilapan, namun rasa ego membuatkan kita terus sengaja menyakitkan.

5) Berfikiran Positif
Positif bermakna cuba mendengar dan tidak menokok tambah. Jangan menjadi negatif dan membuat segala macam andaian. Apa yang kita fikirkan, tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Kadang2 diri kita dipengaruhi pengalaman masa lepas yang membuatkan kita menjangka semua kadaan adalah sama, walhal itu sebenarnya hanyalah mainan perasaan.. Kerana itulah penting untuk terus "hidup kehadapan"!

6) Fikirkan Penyelesaian
Memikirkan penyelesaian lebih baik dari menambah segala kecelaruan. Marah bukan semata2 untuk memperbesarkan kadaan. Namun marah juga harus ada matlamat fan tujuan. Rasa marah berkait dengan ketegasan dan pegangan diri. Rasa marah perlukan arah tuju! Bila kita marah kita sebenarnya meluahkan rasa tidak puas hati. Namun langkah seterusnya adalah untuk disambung pula dengan perbincangan untuk mencari langkah penyelesaian.

7) Memaafkan & Menghargai
Kunci sebenar untuk mengawal kemarahan adalah dengan memaafkan dan menghargai sesuatu. Rasa penghargaan itu membuatkan diri kita lebih rasa hormat, lebih rasional dan lebih tenang untuk bertindak di dalam kawalan.

Kesimpulannya marah juga adalah satu sifat cabang ilmu yang perlu di di dalami untuk kesejahteraan sesuatu ikatan atau perhubungan.


Zam~ Kita boleh marah terhadap sesuatu yang benar di tuturkan atau di lakukan.. Tetapi membuat andaian, ternyata ia adalah 'KESILAPAN'..

Keadilan yang Tiada

| | 0 comments »
Benarlah kata orang, keadilan sebenar tiada di dunia..

Sungguh ironi rasanya..
Apabila kita bertanyakan sesuatu dengan tujuan yang baik,
Juga dengan niat yang baik,
Namun sebaliknya pula ia di salah tafsir..
Begitu mudah di salah erti..
Lantas terus hilang rasa hormat,
Terus hilang rasa percaya..

Apakah kita manusia makhluk yang syumul?
Apakah kita manusia mampu sepenuhnya membaca hati insan lain?
Apakah kita manusia begitu sempurna sehingga mudah dengan sinis menyangkal erti sebuah kejujuran?

Terkesima.. Terpaku.. Nanar.. Kecewa.. Sebak.. Sedih.. Pilu.. Seribu rasa walau di ucap belum kan tentu ada yang benar akan mengerti.

Apakah erti sebenar kepercayaan?
Terlalu banyak pengertiannya..
Tetapi bila ada rasa seperti meragui atau ingin mengetahui..
Tidak salah untuk merujuk dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau andaian..
Itulah teras asas pada kepercayaan!

Adakah menjadi satu kesalahan sekadar untuk mengemukakan pertanyaan? Perlukah di tambah pula dengan andaian2 negatif? Bukankah itu lebih menunjukkan sikap lebih tidak mempercayai? Bukankah itu lebih kepada satu bentuk tuduhan melulu..

Sesuatu gurauan hanyalah beerti "GURAUAN"
Tidak perlu untuk dirumitkan dengan olahan serta tokok tambah pesimif..
Apakah kebenaran yang cuba di buktikan?
Adakah telah hilang kepercayaan untuk mendengar segala penjelasan?

Di saat kemarahan menguasai diri..
Manusia kerapkali membelakangkan akal..
Hilang segala rasional..
Hilang segala pertimbangan..
Tutur kata dibayangi benci dan dendam..

Namun harus di ingat,
Kemarahan itu adalah api dan dendam itu adalah bara..
Selagi mana ia terus membakar, selagi itu dendam tidak akan terhapus..

Belajar untuk menerima dan memaafkan..
Belajar untuk menghormati....
Belajar untuk mendengar lebih dari membuat andaian!
Sentiasa berprasangka baik kerana apa yg kita tafsirkan belum tentu apa yang sebenarnya di dikirkan.. Renungkan..


Zam~ Cari penyelesaian pada segala permasalahan, bukannya merumitkn lagi keadaan. Saling memahami, saling mendengari, saling memaafkan, saling mempelajari, saling menghargai, saling menghormati.. :)