Persoalan

| | 0 comments »
"Meninggalkan apa yang telah di tinggalkan.. Memulakan apa yang telah di mulakan.."
Frasa berbeza, namun aliterasi makna yang tetap sama. Dari setiap maksud, kita mentafsirkan pemahaman. Dari setiap pemahaman pula, kita merungkai persoalan..

PERSOALAN
Bukankah kegagalan masa lalu, adalah juga berpunca dari kesilapan masa lalu?
Bukankah memulakan perjalan hari ini, bermula dengan mengambil iktibar dari perjalanan yang lepas?
Bukankah sedia menerima, bermakna harus juga bersedia terhadap tanggungjawab dan komitmen?
Bukankah bila meletakkan harapan, harus juga meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan?
Bukankah bila bersama harus bertolak ansur, saling melengkapi serta berusaha memperbaiki diri?
Bukankah mencapai persetujuan bersama lebih baik dari hanya berfikir tentang perasaan sendiri?
Bukankah 'cuba' bermakna, memulakan langkah serta tindakan untuk mempersiapkan diri?
Bukankah berfikir lebih baik dari sekadar mengikut perasaan dan kata hati?
Bukankah segala kenyataan ini sudah sangat terang, nyata dan jelas?


Bagaimanakah seseorang manusia itu berfikir? Setiap keputusan yang terhasil dari segenap pemikiran, tiada apa yang sebenar-benarnya tetap dan muktamad. Istimewanya di kurniakan akal, maka harus untuk berfikir serta menilai segala sesuatu itu dari sudut pandangan yang paling rasional. Maka, lembutkan hati, simpan perasaan ego dan mula untuk berfikir. Renungkan..

- Tiada manusia yang mampu meramal bilakah waktunya mereka akan merasa menyesal
- Tiada manusia yang tahu bilakah sesuatu itu tidak akan berlaku mengikut perancangan
- Tiada manusia yang kecewa sebelum mereka merasa menyesal atas kebodohan sesuatu tindakan

Kerana itu harus untuk kita sedia mempersiapkan diri. Hidup ini penuh pilihan, namun kita seringkali lalai serta cenderung mengikut perasaan. Bercakap perihal kehidupan, tiada apa yang sebegitu merumitkan. Hanya bagaimana cara kita berfikir dan mentafsir kadangkala menambah rumit keadaan. Apabila kita cuba untuk mendalami, barulah kita akan mula benar memahami. Hati bersedia bila minda bersedia. Jadi pilih jalan anda..



Zam~ hidup harus fleksible..

Aku & Dia..

| | 0 comments »
Aku menulis untuk bertutur..
Meluahkan segala rasa yang kabur..

Dia..
Melupakan untuk mengingati, kisah pahit yang sulit di harungi..
Merangkak untuk berlari, dari bayangan sketsa tragedi..
Berbisik untuk menjerit, meluahkan segala yang perit..
Menangis untuk tersenyum, mengharap kasih mekar terkuntum..

Aku terkandas dalam dilema, untuk melihat dirinya gembira..
Aku terlupa untuk mengingati, dia sepatutnya lebih mengetahui..

Hanya waktu penentu segala..
Kisah aku dan dia..



















Zam~ get well soon dear.. take care!!

Kenyataanku tentang perasaan ini..

| | 0 comments »
Mampu meluahkan rasa, tetapi hati tidak mudah berbicara..
Terlalu tegar memikirkan, tetapi tertutup jalan pilihan..
Hasrat tulus meyakinkan, tetapi terbelenggu dalam kesamaran..

Cuba untuk mengertikan, tetapi cuma sedikit dapat di zahirkan..
Cuba berhenti memikirkan, tetapi semakin timbul persoalan..
Cuba berganjak kehadapan, tetapi semakin keinginan keterbelakang

Nurani seperti memerlukan, namun jiwa semakin meresahkan..
Mencuba.. sedang mencuba.. harus mencuba.. hanya untuk dia..
Kisah perjalanan yang masih jauh..



















zam ~ kenyataanku tentang perasaan ini..

opocott!!..

| | 0 comments »
.
.
.
KEBABOWWWWW!!!




kasi BOOM ini blog..
dh lame sgt x update..


>>sayang..

| | 1 comments
.
.
.
Harini aku nak brcakap tentang sayang..

sayang, ialah perasaan random dn bukan bleh d rancang,
atau pakse, atau cube atau pura-pura..

secara jujurnye, kite hanye akan sayang sesuatu yang cantik,
bukan buruk , hodoh atau serba kekurangan..
kerana, sayang seperti cermin mata ajaib..
seperti kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder..
dan cantik pada aku x semestinye cantik pada orang lain..

seorang lelaki yang kudung, d pandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya..
seorang perempuan yang gemuk, akan sentiasa d pandang cantik oleh lelaki yang mencintainye..

krane seperti sepasang kasut.. kite tidak memilih kasut krane warne dan jenamanya..
tetapi, kita memilih kasut yang selese untuk kite pakai sampai bila-bila..



ss~ sayang kamu..


>>on diet

| | 1 comments
.
.
.
.
aku sedang diet ni.. jadi antara langkah terbaik ialah, mengurangkan pengambilan gula..
oh ye.. dan tak gune juga kalau kawal permakanan tanpa senaman.. nanti gemuk juga, dan busuk seperti babi.. erkk!! so, be balance, kawal makanan dan bukan tidak makan langsung, serta bersenam paling kurang seminggu sekali..

ok sabrina?............................... emm ok2



uit!! berat lagi..


ss~ ambek bau je dh kenyang sebu..

>>itulah kehidupan..

| | 0 comments »
.
.
.

.
.

M
anusia lahir dan pergi dari dunia, dan itulah hakikatnya hidup semua manusia didunia.
Kadang2 kita tidak sedar benda yang paling kita sayang atau paling berharga ada didepan mata.
Selalunya apa yang kita nampak benda yang jauh untuk kita sayang dan benda itulah akan dijadikan keutamaan. Tapi, bila benda yang sepatutnya kita sayang dah pergi, benda itulah yang membuatkan kita sedih dan kecewa. Jadi hargailah setiap detik atau perkara dengan orang atau insan mahupun benda yang korang sayang.
.
.
.